Tumis bawang merah dan putih hingga layu.Masukkan ubi kentang dan isi ayam serta serbuk kari.Biarkan sehingga ubi empuk dan isi ayam telah masak.Kemudia masukkan garam dan hirisan cili merah.Tutup api dan pecahkan beberapa biji telur ke dalam inti tadi bersama hirisan daun bawang/sup.Letakkan inti ke atas kulit popia dan lipat segi empat.Panaskan di atas kuali dengan api yang kecil dan sedikit minyak.Siap..=)Bolehlah menggantikan murtabak kat pasar malam tu kalau2 kempunan kan.Hehe..
Popia panas rangup
Ini sebenarnya guna lebihan inti murtabak tadi.Buat popia kalau2 Abang tak berapa suka dengan ala-ala murtabak.Tapi dua2 pun bantai habis je.Hee...Cicah dengan air pencicah keropok dari Kelantan buatan Mak Long ku.Best2..=>
Gambar u/s tak berapa jelas tapi figure wajah sudah dapat dilihat.Kalau sebelum ni hanya nampak bentuk kepala yang bulat,sekarang sudah nampak mulut,hidung dan mata baby.Baby dah semakin besar!;>
Beberapa barangan persediaan in case baby terpaksa keluar awal.(Minta2 tak berlaku..huhu.tapi still kene prepare for the worst rite?).Getah pelapik untuk alas masa tukar lampin baby,pembarut perut,minyak yu yee,sarung tangan dan kaki,kain lampin dan tisu lembap.
Beberapa helai baju newly born yang dikirim oleh atuk dan nenek dari kampung untuk cucu sulung mereka ini.(Rasa pelik plak.Kene panggil atuk dan nenek??haha.Actually belum tanye lagipun mereka nak digelar apa oleh cucu2.hehe)
Beberapa helai baju untuk baby kenangan dari London.Ini aje yang abi dan ummi sempat cari untuk baby time travel aritu.Nanti kita balik Malaysia ummi belikan lagi banyak k!Kita gi shopping ngan abi.Takpe..abi belanja.Hee..
Jom baca buku pulak:
Buku psikologi kanak2 dan tarbiah anak2..terima kasih kepada sahabat2
yang menghadiahkan bahan bacaan yang berguna ini.
Beberapa majalah untuk ibu mengandung yang diberi pinjam oleh seorang sahabiah terdekat.Banyak parenting skills yang boleh dipelajari.Terima kasih kawan!=)
Sekarang baby dah masuk 7 bulan.Terasa cepat masa berlalu.Tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi.Nanti ummi dan abi dapat peluk cium baby.Sebelum ni dapat lihat melalui skrin je.Itupun baby malu2 nak tunjukkan muka.Tapi bila ummi lihat jantung baby berdegup cukup dengan keempat2 chamber,lihat spinal vertebrae yang semakin kuat,tangan dan kaki baby yang kadang2 bergerak menendang2..ummi rasa lega.Ummi cuma doakan anak abi dan ummi ini lahir dengan selamat,sihat dan sempurna..(",)~~~
Kesian abang sejak sarat ni,jarang masakkan sesuatu yang proper untuk abang.Masak pun ala kadar sahaja.So,pagi ni nak buat sesuatu yang spesel sedikit.Sarapan hari ni saya masak nasi goreng pattaya berlaukkan sosej sambal pedas dan french fries.Jeng jeng..camnila rupanya=)
Seorang hamba Allah yang menganut Islam sebagai agama dan pegangan hidupnya,mengakui Nabi Muhammad itu pesuruh Allah,seorang anak kepada empat orang insan yang amat dikasihi,seorang isteri yang sentiasa cuba menjadi yang terbaik buat suami tercinta,bakal seorang ibu yang dalam proses untuk menjadi ibu yang mithali dan seorang pelajar perubatan yang masih dalam pembelajaran untuk mencapai yang terbaik dalam bidang ini seterusnya menjadi seorang doktor manusia yang mukminah insyaAllah=)
Nur Aqilah binti Jusoh