Bismillahirrahmanirrahim.. Kembali ke Malaysia tahun ini,keinginan untuk berjalan2 padam seketika pada awalnya kerana kesibukan walimah di Kelantan dan di Muar.Tidak banyak tempat yang dilawati di Kelantan cuma ke Rantau Panjang mencari jersi bola Abang,ke Pasar Besar Siti Khadijah mencari toto Mak dan serunding Abah,Wakaf Che Yeh bersama famili Muar dan merendek shopping kompleks sekitar Kota Bharu-TESCO,KB Mall,Pantai Timur dan yang terbaru Giant dan Parkson.Namun begitu kami berdua asyik kekenyangan kerana adat menziarahi bapak2 dan mak2 sedara bagi pasangan yang baru berkahwin yang masih lagi diamalkan dalam keluarga di Kelantan.Abo dan Ummi lah yang menjadi 'pemandu pelancong' kami berdua.Hee..
Pulang ke Muar,destinasi pilihan kami adalah....jeng2..Melaka Bandaraya Bersejarah.Sudah lama rasanya kali terakhir menjejakkan kaki ke Melaka.Lebih kurang 10 tahun yang lalu ketika sekeluarga melancong bersama Pak Man dan keluarga serta Mak Su dan Mak Teh.Banyak juga perubahan yang dapat dilihat terutamanya di sekitar kota A Famosa.Antara yang tebaru ~ Mahkota Parade,Kota Pahlawan,Eye On Malaysia dan Menara Taming Sari.Best.. Selepas menghantar Mak ke Maktab Perguruan Melaka (Mak bekerja sebagai pensyarah Bahasa Melayu di sana) dan bersarapan pagi, kami menuju destinasi pertama~Zoo Melaka..Jam baru menunjukkan jam 9 pagi-menimbang2 samada zoo telah dibuka atau belum dan diisytiharkan..kami menjadi pengunjung pertama pada hari tersebut.Hehe..
Laluan jambatan yang berbentuk zig zag.Rupanya2nya ini laluan untuk ke restoran terapung.Terlepas
melalui kandang beberapa haiwan di laluan darat..huhu
Marina~orang utan yang pandai bermain silap mata dan berlakon.Sungguh comel!
ke A Famosa tetapi tak pasti digunakan oleh siapa dan untuk apa.
Menara Taming Sari
Kota pahlawan dilihat dari atas Menara Taming Sari
Eye On Malaysia.Gambar diambil juga dari puncak Menara Taming Sari
0 comments:
Post a Comment