"Macamana nak mula ni?Apa nak tulis?Nanti kalau tulis macam ni apa orang kata?Aku ada bakat menulis ke??" persoalan2 yang berlegar2 di penjuru cerebrum sejak mewujudkan blog ni.Sudah beberapa hari dibiarkan kosong tanpa apa2 perkataan mahupun huruf.Arigato kepada suami yang telah merajinkan diri untuk membantu 'mencantikkan' rupa blog ini.Mungkin 'Abang' juga tertunggu2 bila isterinya ini akan mula menulis.
Akhirnya saya memilih untuk mem'publish'kan post yang pertama ini pada tarikh 18 oct sempena genap 3 bulan dunia baru ini bermula."Macamana kehidupan baru sebagai isteri?Mak mertua amacam,ok ke tak?Seronok ke kahwin?"Soalan2 biasa yang sering ditanya sejak bergelar 'madam' (gelaran yang diberi kepada mereka2 yang telah berkahwin oleh masyarakat student di Mesir ni).Tak kurang juga soalan2 nakal yang bertanya perut dah 'berisi' belum?Bila nak dapat baby?Kamu merancang kehamilan ke?Tetapi di sini bukanlah saya mahu menjawab segala soalan2 panas yang diutarakan oleh rakan2 yang sentiasa dengan penuh minat ingin tahu sebaliknya saya sekadar mahu berkongsi pengalaman pada hari bahagia kami.
3 bulan yang lalu..
Hari yang sangat memenatkan.Semenjak pulang ke Malaysia lebih kurang dua minggu dari tarikh ijab qabul, jadual sentiasa penuh mempersiapkan segala yang perlu untuk walimah yang bakal berlangsung.Kepenatan studi untuk exam final year tahun tiga sejurus sebelum pulang dan perjalanan yang mengambil masa satu hari dari Cairo-KLIA dan KLIA-Kota Bharu terus tidak terasa..jetlag pun tak sempat 'dinikmati'.Hehe..Pengalaman mengadakan majlis kenduri yang pertama buat keluarga menjadikan keadaan agak kelam kabut.Kak Long dan Achik hanya akan pulang pada malam sebelum hari majlis kerana kuliah.Tiada dua orang pembantu utama untuk menolong membuat persiapan diri.Huhu..Tapi mujur Abo dan Ummi banyak membantu.Penyediaan makanan,khemah,kad jemputan,urusan dengan pejabat agama,tok imam,mak andam sehinggalah perkara yang kecil seperti bunga telur dan sebagainya banyak selesai di tangan Abo dan Ummi.Terima kasih banyak2 Abo,Ummi kerana telah banyak berkorban untuk Kak Ngah.Sob2..
Macamana perasaan saat bergelar isteri?Bermacam2 sangkaan dan perasaan bergusti di dalam dada.Antara bahagia,cemas,gembira,gementar dan etc..Tetapi atas nasihat dan amanat yang diamanahkan oleh Abo,Ummi,Mak,Abah,pak cik2,mak cik2 dan yang seumpama dengannya..InsyaAllah tanggungjawab ini akan dipikul dengan rela hati dan dengan niat untuk membahagiakan insan yang dicintai.Ternyata ikatan ini melahirkan satu hubungan kekeluargaan yang cukup manis.Penyatuan antara dua keluarga yang sebelum ini tidak saling mengenali.Terpisah oleh jarak antara Timur dan Selatan..
"Wahai manusia!Bertakwalah kepada TuhanMu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan Allah menciptakan pasangannya (Hawa) dari dirinya, dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki2 dan perempuan yang banyak.Bertakwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta, dan peliharalah hubungan kekeluargaan.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu."~An-Nisa'(1)
ini saja yang ada dalam simpanan.
Di sebelah kananku..Kak Long (sulung) dan Kak Nik (adik no 4).Di sebelah kiri..Husna (no 6) dan Hana' (no 7).Yang berbaju oren Adik Atiq (bongsu) dan berseluar krim Aizat (kedua bongsu).Tiada dalam gambar Achik (no 3) dan Abe Long (no 5).Ha..kiralah berapa orang.hehe..
Semoga ikatan ini kekal selamanya..sehingga ke syurgaMu ya Allah..
Okeh..setakat ini lah sahaja yang dapat dikongsi.Doakan kami k!Nak upload gambar banyak2 lambat la pulak.Need to go now.Next destination~Hussein..cari tudung.yeye=)
0 comments:
Post a Comment