Pages

Monday, November 16, 2009

Dubai



Perjalanan kembali ke Mesir tahun ini setelah bercuti selama 3 bulan di Malaysia,kami transit di Dubai selama 10 jam.Sempatlah meninjau2 keadaan dan suasana di sana walaupun sekejap.Kami tiba di Dubai International Airport seawal jam 5 pagi.Setelah sampai,solat subuh dan menukar sedikit dolar USD ke mata wang Dubai untuk kegunaan di sana.Untuk memudahkan kerja2 'merendek' pada hari tersebut,beg ditinggalkan saja di 'left luggage' airport dengan bayaran 20 dirham untuk jangka waktu tidak lebih dari 12 jam.Di Airport Dubai kita terus dapat access ke mana2 tempat melalui khidmat metro yang baru sahaja siap dan sudah mula beroperasi kecuali beberapa stesen yang masih dalam pembinaan.





Peta yang menunjukkan stesen2 Metro di Dubai.Ia terbahagi kepada beberapa kawasan yang dibahagikan mengikut keluasan dan kita perlu me'nopap' tiket mengikut kawasan.Maksudnya jika tempat yang ingin dituju itu terletak di kawasan yang lebih jauh,harganya tentulah lebih mahal.Harga tiket adalah 2 dirham dan untuk setiap perjalanan perlu menambah sebanyak 2.50 dirham untuk mana2 stesen di kawasan A sahaja.Jika ingin ke kawasan B,harganya berlainan pula.Untungnya berada di Mesir dengan perkhidmatan metro nya yang berharga 1LE tanpa mengira jauh atau dekat.


Akan tetapi,Metro Dubai amatlah berbeza sekali dengan Metro Mesir.Lantainya berkilat,kerusinya bukanlah dibuat dari plastik dan tiada bau2 yang kurang menyenangkan.Tidaklah sesak,padat dan mampat seperti di sini.Mungkin kerana perkhidmatan metro di sana masih baru dan penduduknya pula tidakla sepadat Cairo.

Dan jangan pula pelik apabila melihat penduduk di Dubai seolah2 anda berada di Asia kerana memang ramai imigran dari Filipina dan India yang datang untuk bekerja di sini begitu juga dengan warganegara Malaysia.Jadi tidak ada masalah untuk bertanya kerana semuanya tahu berbahasa inggeris.

Destinasi pertama kami pagi itu adalah Diera City Center.Banyak hotel dan pasaraya besar di sekitar tetapi malangnya kerana terlalu awal,semua shopping kompleks masih belum dibuka.Kami cuma berjalan2 melihat2 kawasan.Apa yang dapat diperhatikan,bandar Dubai masih dalam penstrukturan.Banyak juga bangunan yang masih dalam pembinaan dan kenderaan di atas jalan raya tidaklah sesibuk Kuala Lumpur.Namun kenderaan2 di sini semuanya mewah sehinggakan teksinya adalah Toyota Camry berwarna putih.Teksi di Dubai ini menggunakan meter pada kadar permulaan 3.50 dirham tetapi bayaran minimum adalah sebanyak 10 dirham.



Diera City Center


Setelah penat kaki melangkah dan waktu masih awal untuk pasaraya dibuka,kami mengambil keputusan untuk ke Al-Karama.Di sana,terdapat pasar yang menjual berbagai jenis buah2an dan sayuran,bahan2 runcit dan bahan2 mentah.Sistem pasarnya berbeza dengan pasar di Malaysia mahupun Mesir.Di dalam pasar terdapat beberapa buah kedai khusus untuk bahan makanan lauk,daging,bahan2 runcit dan bahan2 segar seperti sayur dan buah2an.


Kedai buah2an,sayuran dan barang2 runcit


Kedai menjual bahan mentah berasaskan laut


Yang menariknya,di sini bahan2 mentah yang dijual cukup lengkap seolah2 anda berada di Malaysia.Halia,lengkuas,serai,kunyit,daun limau nipis,jantung pisang sehinggakan
mangga muda untuk dibuat kerabu mangga pun senang dicari.


Selain itu,di Al-Karama juga banyak terdapat kedai2 yang menjual cenderamata untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.Ini antara cenderamata yang kami beli.


Sebelum bergerak pulang ke airport,kami kembali ke Diera City Center mencari makan tengahari di foodcourt Carrefour.Kembali ke airport,solat zuhur dan mengambil beg di 'left luggage' dan round2 kedai bebas cukai airport.Best juga,macam2 barangan dijual dari cenderamata hinggalah barang2 runcit dan buku2.Ok,kita perlu masuk sekarang kerana sebentar lagi flight ke Cairo akan bergerak.Setakat ini sahaja kembara kita di Dubai kali ini.Bye2 Dubai..=p

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS