Pages

Monday, November 16, 2009

Dubai



Perjalanan kembali ke Mesir tahun ini setelah bercuti selama 3 bulan di Malaysia,kami transit di Dubai selama 10 jam.Sempatlah meninjau2 keadaan dan suasana di sana walaupun sekejap.Kami tiba di Dubai International Airport seawal jam 5 pagi.Setelah sampai,solat subuh dan menukar sedikit dolar USD ke mata wang Dubai untuk kegunaan di sana.Untuk memudahkan kerja2 'merendek' pada hari tersebut,beg ditinggalkan saja di 'left luggage' airport dengan bayaran 20 dirham untuk jangka waktu tidak lebih dari 12 jam.Di Airport Dubai kita terus dapat access ke mana2 tempat melalui khidmat metro yang baru sahaja siap dan sudah mula beroperasi kecuali beberapa stesen yang masih dalam pembinaan.





Peta yang menunjukkan stesen2 Metro di Dubai.Ia terbahagi kepada beberapa kawasan yang dibahagikan mengikut keluasan dan kita perlu me'nopap' tiket mengikut kawasan.Maksudnya jika tempat yang ingin dituju itu terletak di kawasan yang lebih jauh,harganya tentulah lebih mahal.Harga tiket adalah 2 dirham dan untuk setiap perjalanan perlu menambah sebanyak 2.50 dirham untuk mana2 stesen di kawasan A sahaja.Jika ingin ke kawasan B,harganya berlainan pula.Untungnya berada di Mesir dengan perkhidmatan metro nya yang berharga 1LE tanpa mengira jauh atau dekat.


Akan tetapi,Metro Dubai amatlah berbeza sekali dengan Metro Mesir.Lantainya berkilat,kerusinya bukanlah dibuat dari plastik dan tiada bau2 yang kurang menyenangkan.Tidaklah sesak,padat dan mampat seperti di sini.Mungkin kerana perkhidmatan metro di sana masih baru dan penduduknya pula tidakla sepadat Cairo.

Dan jangan pula pelik apabila melihat penduduk di Dubai seolah2 anda berada di Asia kerana memang ramai imigran dari Filipina dan India yang datang untuk bekerja di sini begitu juga dengan warganegara Malaysia.Jadi tidak ada masalah untuk bertanya kerana semuanya tahu berbahasa inggeris.

Destinasi pertama kami pagi itu adalah Diera City Center.Banyak hotel dan pasaraya besar di sekitar tetapi malangnya kerana terlalu awal,semua shopping kompleks masih belum dibuka.Kami cuma berjalan2 melihat2 kawasan.Apa yang dapat diperhatikan,bandar Dubai masih dalam penstrukturan.Banyak juga bangunan yang masih dalam pembinaan dan kenderaan di atas jalan raya tidaklah sesibuk Kuala Lumpur.Namun kenderaan2 di sini semuanya mewah sehinggakan teksinya adalah Toyota Camry berwarna putih.Teksi di Dubai ini menggunakan meter pada kadar permulaan 3.50 dirham tetapi bayaran minimum adalah sebanyak 10 dirham.



Diera City Center


Setelah penat kaki melangkah dan waktu masih awal untuk pasaraya dibuka,kami mengambil keputusan untuk ke Al-Karama.Di sana,terdapat pasar yang menjual berbagai jenis buah2an dan sayuran,bahan2 runcit dan bahan2 mentah.Sistem pasarnya berbeza dengan pasar di Malaysia mahupun Mesir.Di dalam pasar terdapat beberapa buah kedai khusus untuk bahan makanan lauk,daging,bahan2 runcit dan bahan2 segar seperti sayur dan buah2an.


Kedai buah2an,sayuran dan barang2 runcit


Kedai menjual bahan mentah berasaskan laut


Yang menariknya,di sini bahan2 mentah yang dijual cukup lengkap seolah2 anda berada di Malaysia.Halia,lengkuas,serai,kunyit,daun limau nipis,jantung pisang sehinggakan
mangga muda untuk dibuat kerabu mangga pun senang dicari.


Selain itu,di Al-Karama juga banyak terdapat kedai2 yang menjual cenderamata untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.Ini antara cenderamata yang kami beli.


Sebelum bergerak pulang ke airport,kami kembali ke Diera City Center mencari makan tengahari di foodcourt Carrefour.Kembali ke airport,solat zuhur dan mengambil beg di 'left luggage' dan round2 kedai bebas cukai airport.Best juga,macam2 barangan dijual dari cenderamata hinggalah barang2 runcit dan buku2.Ok,kita perlu masuk sekarang kerana sebentar lagi flight ke Cairo akan bergerak.Setakat ini sahaja kembara kita di Dubai kali ini.Bye2 Dubai..=p

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, October 26, 2009

Jaulah fi Malizia

Bismillahirrahmanirrahim.. Kembali ke Malaysia tahun ini,keinginan untuk berjalan2 padam seketika pada awalnya kerana kesibukan walimah di Kelantan dan di Muar.Tidak banyak tempat yang dilawati di Kelantan cuma ke Rantau Panjang mencari jersi bola Abang,ke Pasar Besar Siti Khadijah mencari toto Mak dan serunding Abah,Wakaf Che Yeh bersama famili Muar dan merendek shopping kompleks sekitar Kota Bharu-TESCO,KB Mall,Pantai Timur dan yang terbaru Giant dan Parkson.Namun begitu kami berdua asyik kekenyangan kerana adat menziarahi bapak2 dan mak2 sedara bagi pasangan yang baru berkahwin yang masih lagi diamalkan dalam keluarga di Kelantan.Abo dan Ummi lah yang menjadi 'pemandu pelancong' kami berdua.Hee..


Pulang ke Muar,destinasi pilihan kami adalah....jeng2..Melaka Bandaraya Bersejarah.Sudah lama rasanya kali terakhir menjejakkan kaki ke Melaka.Lebih kurang 10 tahun yang lalu ketika sekeluarga melancong bersama Pak Man dan keluarga serta Mak Su dan Mak Teh.Banyak juga perubahan yang dapat dilihat terutamanya di sekitar kota A Famosa.Antara yang tebaru ~ Mahkota Parade,Kota Pahlawan,Eye On Malaysia dan Menara Taming Sari.Best.. Selepas menghantar Mak ke Maktab Perguruan Melaka (Mak bekerja sebagai pensyarah Bahasa Melayu di sana) dan bersarapan pagi, kami menuju destinasi pertama~Zoo Melaka..Jam baru menunjukkan jam 9 pagi-menimbang2 samada zoo telah dibuka atau belum dan diisytiharkan..kami menjadi pengunjung pertama pada hari tersebut.Hehe..



Pintu masuk ke Zoo Melaka..let's begin our journey!


Hampir2 terpijak si gemok iguana dua ekor ni.Lihat "mata ketiga" mereka di kedua2 belah pipi untuk menakutkan musuh.


Laluan jambatan yang berbentuk zig zag.Rupanya2nya ini laluan untuk ke restoran terapung.Terlepas
melalui kandang beberapa haiwan di laluan darat..huhu



Marina~orang utan yang pandai bermain silap mata dan berlakon.Sungguh comel!


Cukuplah berjalan beberapa jam di Zoo Melaka.Kaki dah terasa hampir tercabut.Penat..kedudukan kandang2 haiwan agak berjauhan antara satu sama lain serta bilangan haiwan yang melebihi 1200 ekor dengan 215 spesies untuk dilihat membuatkan terasa mahu cepat2 menghabiskan pusingan.Tak hairanlah kerana Zoo Melaka adalah zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.Tetapi nasib kami tidak berapa baik kerana tidak dapat peluang menunggang gajah dan kuda.Diorang cutila arini..huhuhu..Tapi takpe,kita pergi tempat lain pulak neh..



Ini pasti semua tahu.Kota A Famosa yang bersejarah.Welcome to Malacca!



Kenderaan perang yang bernama 'Hang Jebat' diparking berdekatan pintu masuk
ke A Famosa tetapi tak pasti
digunakan oleh siapa dan untuk apa.



Makan tengahari bersama Abang dan Mak di Seoul Garden, Mahkota Parade.Restoran ini menawarkan buffet,stail memasak sendiri.Bahan2 mentah disediakan dengan kuali panas dan sup kosong.Boleh menggoreng,bakar,celur atau letakkan saja di dalam sup tadi untuk dihirup..bagi yang boleh makan apa sahaja sekaligus,amat berbaloi.Kernih jangan lupa bawa yer..dapat offer istimewa untuk student.hehe.




Menara Taming Sari



Kota pahlawan dilihat dari atas Menara Taming Sari




Eye On Malaysia.Gambar diambil juga dari puncak Menara Taming Sari





Muzium Samudera





Eye On Malaysia


Sekarang telah selamat berada di Mesir,selamat tinggal Malaysia.Tahun depan jumpa lg k!InsyaAllah kalau panjang umur.Nantikan post seterusnya tentang Dubai=)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, October 18, 2009

My New Life..as a wife?

"Macamana nak mula ni?Apa nak tulis?Nanti kalau tulis macam ni apa orang kata?Aku ada bakat menulis ke??" persoalan2 yang berlegar2 di penjuru cerebrum sejak mewujudkan blog ni.Sudah beberapa hari dibiarkan kosong tanpa apa2 perkataan mahupun huruf.Arigato kepada suami yang telah merajinkan diri untuk membantu 'mencantikkan' rupa blog ini.Mungkin 'Abang' juga tertunggu2 bila isterinya ini akan mula menulis.

Akhirnya saya memilih untuk mem'publish'kan post yang pertama ini pada tarikh 18 oct sempena genap 3 bulan dunia baru ini bermula.MySpace"Macamana kehidupan baru sebagai isteri?Mak mertua amacam,ok ke tak?Seronok ke kahwin?"Soalan2 biasa yang sering ditanya sejak bergelar 'madam' (gelaran yang diberi kepada mereka2 yang telah berkahwin oleh masyarakat student di Mesir ni).Tak kurang juga soalan2 nakal yang bertanya perut dah 'berisi' belum?Bila nak dapat baby?Kamu merancang kehamilan ke?Tetapi di sini bukanlah saya mahu menjawab segala soalan2 panas yang diutarakan oleh rakan2 yang sentiasa dengan penuh minat ingin tahu sebaliknya saya sekadar mahu berkongsi pengalaman pada hari bahagia kami.MySpace

3 bulan yang lalu..

Hari yang sangat memenatkan.Semenjak pulang ke Malaysia lebih kurang dua minggu dari tarikh ijab qabul, jadual sentiasa penuh mempersiapkan segala yang perlu untuk walimah yang bakal berlangsung.Kepenatan studi untuk exam final year tahun tiga sejurus sebelum pulang dan perjalanan yang mengambil masa satu hari dari Cairo-KLIA dan KLIA-Kota Bharu terus tidak terasa..jetlag pun tak sempat 'dinikmati'.Hehe..Pengalaman mengadakan majlis kenduri yang pertama buat keluarga menjadikan keadaan agak kelam kabut.Kak Long dan Achik hanya akan pulang pada malam sebelum hari majlis kerana kuliah.Tiada dua orang pembantu utama untuk menolong membuat persiapan diri.Huhu..Tapi mujur Abo dan Ummi banyak membantu.Penyediaan makanan,khemah,kad jemputan,urusan dengan pejabat agama,tok imam,mak andam sehinggalah perkara yang kecil seperti bunga telur dan sebagainya banyak selesai di tangan Abo dan Ummi.Terima kasih banyak2 Abo,Ummi kerana telah banyak berkorban untuk Kak Ngah.Sob2..



Kedua ibu bapaku yang amat ku kasihi..Abo dan Ummi.Jazakumullahu khairan kathira..

Teringat satu peristiwa lucu yang berlaku dek kerana kelam kabut dan kesilapan meng'set' masa.Rombongan pengantin lelaki sampai di kala pengantin perempuan masih lagi duk mengadap tukang andam yang lewat tiba.Kelam kabut dibuatnya..akak yang mengandam tu pucat lesi takut kena marah dek kerana kelewatannya tadi.Disebabkan itu,si pengantin lelaki terpaksa naik ke rumah tanpa dijemput oleh si isteri di depan tangga.Kui2..Saya yang berada di bilik tak senang duduk sambil terus menadah muka untuk ditempek dengan mekap yang tebalnya entah berapa inci.Terasa semacam hendak membuat persembahan opera saja.Sekeluarnya dari bilik.. "Aqilah,suami awak tu!"kedengaran seorang sahabat yang datang menegur kerana dilihatnya saya terpinga2 meneropong di mana pengantin lelaki berada.Rupa2nya sudah mengadap meja makan beradap.Isk2..kesian suamiku.

Macamana perasaan saat bergelar isteri?Bermacam2 sangkaan dan perasaan bergusti di dalam dada.Antara bahagia,cemas,gembira,gementar dan etc..Tetapi atas nasihat dan amanat yang diamanahkan oleh Abo,Ummi,Mak,Abah,pak cik2,mak cik2 dan yang seumpama dengannya..InsyaAllah tanggungjawab ini akan dipikul dengan rela hati dan dengan niat untuk membahagiakan insan yang dicintai.Ternyata ikatan ini melahirkan satu hubungan kekeluargaan yang cukup manis.Penyatuan antara dua keluarga yang sebelum ini tidak saling mengenali.Terpisah oleh jarak antara Timur dan Selatan..

"Wahai manusia!Bertakwalah kepada TuhanMu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan Allah menciptakan pasangannya (Hawa) dari dirinya, dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki2 dan perempuan yang banyak.Bertakwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta, dan peliharalah hubungan kekeluargaan.Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu."~An-Nisa'(1)


Ya Allah,satukanlah hati2 kami sebagaimana Engkau satukan hati2 antara Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha serta Rasulullah dan ibunya orang2 mukmin.Amin..



Berdiri dari kiri: Ummi (Habsah binti Mustafa), Abo (Jusoh bin Harun), Abah (Zolkefley bin Md Jadi) dan Mak (Norliza binti Abu Bakar) .Semoga penyatuan dua keluarga ini di dalam rahmat dan redhaNya..



antara sahabat2 yang datang.Minta maaf pada yang tak termasuk dalam gambar kerana gambar
ini saja yang ada dalam simpanan.



Di sebelah kananku..Kak Long (sulung) dan Kak Nik (adik no 4).Di sebelah kiri..Husna (no 6) dan Hana' (no 7).Yang berbaju oren Adik Atiq (bongsu) dan berseluar krim Aizat (kedua bongsu).Tiada dalam gambar Achik (no 3) dan Abe Long (no 5).Ha..kiralah berapa orang.hehe..

Asyik gambar kat Kelate aje?Gambar majlis sambut menantu tak ada ke?Kejap yer..ni dia.


Semoga ikatan ini kekal selamanya..sehingga ke syurgaMu ya Allah..






Okeh..setakat ini lah sahaja yang dapat dikongsi.Doakan kami k!Nak upload gambar banyak2 lambat la pulak.Need to go now.Next destination~Hussein..cari tudung.yeye=)MySpace

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS