Pages

Monday, October 26, 2009

Jaulah fi Malizia

Bismillahirrahmanirrahim.. Kembali ke Malaysia tahun ini,keinginan untuk berjalan2 padam seketika pada awalnya kerana kesibukan walimah di Kelantan dan di Muar.Tidak banyak tempat yang dilawati di Kelantan cuma ke Rantau Panjang mencari jersi bola Abang,ke Pasar Besar Siti Khadijah mencari toto Mak dan serunding Abah,Wakaf Che Yeh bersama famili Muar dan merendek shopping kompleks sekitar Kota Bharu-TESCO,KB Mall,Pantai Timur dan yang terbaru Giant dan Parkson.Namun begitu kami berdua asyik kekenyangan kerana adat menziarahi bapak2 dan mak2 sedara bagi pasangan yang baru berkahwin yang masih lagi diamalkan dalam keluarga di Kelantan.Abo dan Ummi lah yang menjadi 'pemandu pelancong' kami berdua.Hee..


Pulang ke Muar,destinasi pilihan kami adalah....jeng2..Melaka Bandaraya Bersejarah.Sudah lama rasanya kali terakhir menjejakkan kaki ke Melaka.Lebih kurang 10 tahun yang lalu ketika sekeluarga melancong bersama Pak Man dan keluarga serta Mak Su dan Mak Teh.Banyak juga perubahan yang dapat dilihat terutamanya di sekitar kota A Famosa.Antara yang tebaru ~ Mahkota Parade,Kota Pahlawan,Eye On Malaysia dan Menara Taming Sari.Best.. Selepas menghantar Mak ke Maktab Perguruan Melaka (Mak bekerja sebagai pensyarah Bahasa Melayu di sana) dan bersarapan pagi, kami menuju destinasi pertama~Zoo Melaka..Jam baru menunjukkan jam 9 pagi-menimbang2 samada zoo telah dibuka atau belum dan diisytiharkan..kami menjadi pengunjung pertama pada hari tersebut.Hehe..



Pintu masuk ke Zoo Melaka..let's begin our journey!


Hampir2 terpijak si gemok iguana dua ekor ni.Lihat "mata ketiga" mereka di kedua2 belah pipi untuk menakutkan musuh.


Laluan jambatan yang berbentuk zig zag.Rupanya2nya ini laluan untuk ke restoran terapung.Terlepas
melalui kandang beberapa haiwan di laluan darat..huhu



Marina~orang utan yang pandai bermain silap mata dan berlakon.Sungguh comel!


Cukuplah berjalan beberapa jam di Zoo Melaka.Kaki dah terasa hampir tercabut.Penat..kedudukan kandang2 haiwan agak berjauhan antara satu sama lain serta bilangan haiwan yang melebihi 1200 ekor dengan 215 spesies untuk dilihat membuatkan terasa mahu cepat2 menghabiskan pusingan.Tak hairanlah kerana Zoo Melaka adalah zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.Tetapi nasib kami tidak berapa baik kerana tidak dapat peluang menunggang gajah dan kuda.Diorang cutila arini..huhuhu..Tapi takpe,kita pergi tempat lain pulak neh..



Ini pasti semua tahu.Kota A Famosa yang bersejarah.Welcome to Malacca!



Kenderaan perang yang bernama 'Hang Jebat' diparking berdekatan pintu masuk
ke A Famosa tetapi tak pasti
digunakan oleh siapa dan untuk apa.



Makan tengahari bersama Abang dan Mak di Seoul Garden, Mahkota Parade.Restoran ini menawarkan buffet,stail memasak sendiri.Bahan2 mentah disediakan dengan kuali panas dan sup kosong.Boleh menggoreng,bakar,celur atau letakkan saja di dalam sup tadi untuk dihirup..bagi yang boleh makan apa sahaja sekaligus,amat berbaloi.Kernih jangan lupa bawa yer..dapat offer istimewa untuk student.hehe.




Menara Taming Sari



Kota pahlawan dilihat dari atas Menara Taming Sari




Eye On Malaysia.Gambar diambil juga dari puncak Menara Taming Sari





Muzium Samudera





Eye On Malaysia


Sekarang telah selamat berada di Mesir,selamat tinggal Malaysia.Tahun depan jumpa lg k!InsyaAllah kalau panjang umur.Nantikan post seterusnya tentang Dubai=)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment