Pages

Friday, July 30, 2010

permata hati kami ~aisyul hani~

Nama diberi : Aisyul Hani (kehidupan yang tenang)
Tempat dilahirkan : Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Tarikh lahir : Khamis, 22 Julai 2010
Waktu lahir : 5.45 pg waktu Malaysia
Berat semasa dilahirkan : 2.8 kg




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, May 26, 2010

minum petang

Murtabak perantau


Bahan-bahan :

-kulit popia
-isi ayam dicincang
-serbuk kari ikan
-bawang besar dicincang dadu
-bawang putih dicincang dadu
-ubi kentang dipotong dadu
-hirisan cili merah
-hirisan daun bawang/daun sup
-telur
-garam secukup rasa

Cara-cara :

Tumis bawang merah dan putih hingga layu.Masukkan ubi kentang dan isi ayam serta serbuk kari.Biarkan sehingga ubi empuk dan isi ayam telah masak.Kemudia masukkan garam dan hirisan cili merah.Tutup api dan pecahkan beberapa biji telur ke dalam inti tadi bersama hirisan daun bawang/sup.Letakkan inti ke atas kulit popia dan lipat segi empat.Panaskan di atas kuali dengan api yang kecil dan sedikit minyak.Siap..=)Bolehlah menggantikan murtabak kat pasar malam tu kalau2 kempunan kan.Hehe..




Popia panas rangup

Ini sebenarnya guna lebihan inti murtabak tadi.Buat popia kalau2 Abang tak berapa suka dengan ala-ala murtabak.Tapi dua2 pun bantai habis je.Hee...Cicah dengan air pencicah keropok dari Kelantan buatan Mak Long ku.Best2..=>

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, May 23, 2010

baby abi dan umi dah besar


Latest ultrasound 22 Mei 2010
length of femur:6.1 cm
age of fetus:31 weeks 3 days
1st day of last menses:14th October 2009
expected due date:21st July 2010

Gambar u/s tak berapa jelas tapi figure wajah sudah dapat dilihat.Kalau sebelum ni hanya nampak bentuk kepala yang bulat,sekarang sudah nampak mulut,hidung dan mata baby.Baby dah semakin besar!;>

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, May 10, 2010

preparation


Beberapa barangan persediaan in case baby terpaksa keluar awal.(Minta2 tak berlaku..huhu.tapi still kene prepare for the worst rite?).Getah pelapik untuk alas masa tukar lampin baby,pembarut perut,minyak yu yee,sarung tangan dan kaki,kain lampin dan tisu lembap.



Beberapa helai baju newly born yang dikirim oleh atuk dan nenek dari kampung untuk cucu sulung mereka ini.(Rasa pelik plak.Kene panggil atuk dan nenek??haha.Actually belum tanye lagipun mereka nak digelar apa oleh cucu2.hehe)



Beberapa helai baju untuk baby kenangan dari London.Ini aje yang abi dan ummi sempat cari untuk baby time travel aritu.Nanti kita balik Malaysia ummi belikan lagi banyak k!Kita gi shopping ngan abi.Takpe..abi belanja.Hee..



Jom baca buku pulak:


Buku psikologi kanak2 dan tarbiah anak2..terima kasih kepada sahabat2
yang menghadiahkan bahan bacaan yang berguna ini.



Beberapa majalah untuk ibu mengandung yang diberi pinjam oleh seorang sahabiah terdekat.Banyak parenting skills yang boleh dipelajari.Terima kasih kawan!=)


Sekarang baby dah masuk 7 bulan.Terasa cepat masa berlalu.Tinggal 2 bulan lebih sahaja lagi.Nanti ummi dan abi dapat peluk cium baby.Sebelum ni dapat lihat melalui skrin je.Itupun baby malu2 nak tunjukkan muka.Tapi bila ummi lihat jantung baby berdegup cukup dengan keempat2 chamber,lihat spinal vertebrae yang semakin kuat,tangan dan kaki baby yang kadang2 bergerak menendang2..ummi rasa lega.Ummi cuma doakan anak abi dan ummi ini lahir dengan selamat,sihat dan sempurna..(",)~~~

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ai nasik goreng

Kesian abang sejak sarat ni,jarang masakkan sesuatu yang proper untuk abang.Masak pun ala kadar sahaja.So,pagi ni nak buat sesuatu yang spesel sedikit.Sarapan hari ni saya masak nasi goreng pattaya berlaukkan sosej sambal pedas dan french fries.Jeng jeng..camnila rupanya=)


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, April 14, 2010

nak balik!!


Alhamdulillah..tiket sudah dapat.tak sabarnya nak balik Malaysia!=>MySpace

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, April 5, 2010

bulat bulat








Perut sapa lagi bulat?hehe=)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, March 24, 2010

my big big famili

Main2 laptop sementara menunggu Abang balik dari latihan futsalnya,terjumpa gambar ni yang diberi dua pupu (Humairah comel dan montel.hehe..jgn marah kalau baca ni.Sebab kak qilah pun dah montel gak sekarang ni).Teringin nak kongsi.





Family day yang diadakan kalau tak silap musim Raya Haji yang lalu (saya di Mesir).Mengumpulkan anak beranak,cucu cicit sepapat che (atuk saya) dan Tuk Ngah (atuk Humairah).Kiranya Che dan Tuk Ngah ni adik beradikla.Che ada empat orang adik beradik semuanya.Majlis kali ni cuma menghimpunkan keturunan dari dua orang adik beradik ni je.Kalau ditambah lagi dengan keturunan dari 2 orang adik beradik yang lain,alamatnya runtuhlah rumah.Hehe..

Dan sebenarnya masih ramai yang tiada,samada bermastautin di luar Kelantan,tak berkesempatan untuk hadir atau sedang belajar di kejauhan macam saya ni.Huhu..Sebenarnya kalau nak dihitung,anak2 che sahaja ada 16 orang semuanya (12 anak kandung,satu sudah meninggal dunia dan 4 orang anak tiri),cucu2 che saya dah lama tak kira tapi yang pasti sudah lebih dari 55 orang,cicit pula 3 sudah lahir dan 1 masih dalam kandungan (baby la tu.hee..bangga2).Tentu arwah nenek bahagia kalau sempat bersama Che sampai saat ini melihat cucu cicit yang ramai.Saya tak beberapa ingat wajah arwah tapi seingat saya arwah sedikit gempal,berambut panjang dan suka cucu2 tidur bawah ketiaknya bila kami balik kampung (itu time saya kecik2 okey).

Ini keluarga dari sebelah Ummi (mak saya).Kalau dari sebelah Abo pula,datuk (dipanggil Che Wa) dan nenek (dipanggil Mak oleh Abo) sudah pun pergi meninggalkan kami lama dahulu.Saya pun tak sempat melihat arwah nenek ketika hidupnya.Abo kata nenek meninggal ketika Abo sedang belajar di Universiti Madinah,Madinah al-Munawwarah.Che Wa pula sempat bersama kami tiga beradik yang awal (Kak Long,saya Kak Ngah dan Kak Cik) .Itupun semasa beliau sudah gering amat kerana sakit tua.Masih ingat Abo menggendong Che Wa ke dalam kereta pabila pada suatu hari kami ingin membawa Che Wa ke pantai setelah sekian lama Che Wa terlantar sakit.Ada beberapa keping gambar Che Wa dalam simpanan kami sebagai kenangan.Seingat2 Che Wa seorang yang garang juga.Kami cucu2 yang agak nakal dan suka main kejar2 ini harus jalan menjengket2 kalau melalui ruang tempat Che Wa tidur di atas tilamnya.Tapi Abo cerita semasa muda Che Wa lagi garang dari itu.Biasala orang dulu2 ajar anak guna rotan dan sebagainya.Nasib baik Abo tak terikut2 sifat tu.Kalau tidak zaman kecik kami adik beradik mesti asyik kene rotan je sebab nakal.Agaknyela..

Abo ada 6 orang adik beradik.Berapa orang sepupu yang saya ada dari sebelah Abo pun saya tak pasti.Sebabnya majoriti sudah besar panjang dan beranak pinak.Anak2 sepupu pun ramai dan dah besar panjang.Yang kecik2 memangla saya tak ingat nama2 mereka,jumpa pun jarang sekali.

Itu kisah keluarga besar saya.Sekarang lagi bertambah besar bila dihitung sekali dengan keluarga suami.Manakala keluarga primer kami masih dianggotai dua ahli dan tak lama lagi akan bertiga.Abi,Umi dan Baby.InsyaAllah..=)









Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bahang sudah terasa

Esok last lecture ENT.Minggu depan cuma tinggal kelas praktikal sahaja.Selepas itu exam end round ENT.Melihat2 jadual peperiksaan terasa banyak masih belum di'cover'.Masa akan cepat berlalu.Tetapi persediaan masih di tahap terendah.Ummi...baby nak ummi ngan abi study betul2.Jangan main2 tau.Huhu..baik2..


Exam End Round
End round ENT : 7 april 2010
End round Ophthalmology : 4 jun 2010

Exam final 4th year
Written Community Medicine : 12 jun 2010
Written Forensic & Toxicology : 19 jun 2010
Written Ophthalmology : 23 jun 2010
Written Ear,Nose & Throat : 27 jun 2010

Oral & Practical ENT : 30 jun 2010
Oral & Practical Ophthal : 3 julai 2010
Oral Forensic & Toxicology : 5 julai 2010
Oral Community Medicine : 7 julai 2010

Demikianlah jadual peperiksaan pada tahun ini.Sebaik habis semua exam ni,baby dah masuk minggu ke-38 pregnancy.2 minggu dari expected date of delivery.Tapi doktor cakap bila baby dah masuk bulan ke-9 (it means at the beginning of 37th weeks),chance untuk deliver dah ada.Sebab time tu baby dah mature.Risau juga mendengarnya tapi doa ajela supaya saya sempat habiskan semua exam pada tahun ni.Apa2 yang bakal berlaku datang dari Allah jua dan setiap satu ada hikmah di sebaliknya kan?

Ummi cuma doakan supaya baby lahir dengan selamat dan sempurna.Tak sabar nak tengok mata baby,mulut baby,hidung baby,segala2nya..nak kucup pipi baby,nak dengar baby nangis,nak dengar abi azankan kat telinga baby,nak cakap ummi sayang baby,nak peluk,nak cium baby puas2!Tak sabarnyer!!=)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, March 5, 2010

the very first kick

Sudah lama tak menulis di blog ni.Kesian dia..status pelajar sepenuh masa merangkap suri rumah juga sepenuh masa menyebabkan saya lebih cenderung menggunakan masa untuk perkara2 wajib yang lebih penting.Juga ditambah dengan waktu tidur extra yang rasanya terlebih2 extra nyer sejak akhir2 ni.Progesteron kata Kak Asma' (haha.salahkan hormon lak.kui2..)

Bekenaan tajuk post ni.Yup..nak cerita pengalaman saya merasai sentuhan pertama dari baby kesayangan ummi dan abi ni.His (or her?) first kick!Semalam saya pulang dari SC gabungan lewat malam.Bila sampai jam hampir menunjukkan angka 12.Kesian abi,terkelip2 seorang diri menunggu kepulangan ummi.Mujur telah solat isyak di sana tadi.Mata sudah terlalu mengantuk dan tak mampu berbuat apa2 selain tidur.

Kelopak mata yang kuyu sudah hampir tertutup bila tiba2 saya rasakan ada satu daya yang menolak dari dalam perut (atau tepatnya rahim).Tak pernah pula rasa any movement sebelum ni.Atau mungkin tak sedar?Wallahua'lam=)Dub2..beberapa kali.Baby...baby ke tu?Jom kita tidur neh..sori ummi balik lewat hari ni.Mesti baby penat kan?=)Mata menjeling pada suami yang sudah lelap di sebelah.Bibir menguntum senyum bahagia.Terima kasih Ya Allah..kerana mengurniakan aku dengan anugerah2 yang tidak ternilai harganya.

Sejak dari malam tu dan seterusnya,bermula satu stage baru dalam pregnancy ni.Baby sudah acap kali bergerak.Dalam kelas pun sudah aktif menolak2 perut ummi.Baby semangat nak dengar lecture eh?hehe..Suatu hari tu time study,baby gerak2..Ummi usap perlahan2 biar baby rasa selesa.Then,pastu abi pun dah boleh nampak baby gerak dari luar.Seronok..tengok..baby belum lahir dah buat ummi ngan abi happy.Baby jadi anak yang soleh/solehah tau.

Sekarang ni kalau baby tak gerak lama sket saya dah risau.Seolah2 tendangan baby dari dalam tu meyakinkan bahawa baby sihat dan selamat.Macam baby boleh berkata2..'Ummi,baby ada kat dalam ni.Ummi jangan risau tau.'Huhu..sayang anak ummi!

Abi jangan jeles tau.Abi kan selalu pesan kat baby mesti sayang ummi macam abi sayang ummi kan?hehe..




Selingan kali ini:alang2 sudah menyebut tentang SC gabungan,saya sertakan beberapa gambar kenangan bersama sahabat2 Gen6 yang disayangi semua.


Generasi ke 6 pelajar perubatan tajaan JPA di Cairo University



Menandatangani perjanjian persahabatan yang kekal sampai bila2.insyaAllah..



Nama setiap ahli Gen6 mengikut bulan kelahiran.Dari kiri bermula januari hingga disember.Tengok untuk bulan januari,bilangan bunganya banyak sebab ramai sangat yang lahir bulan 1.Saya salah seorang darinya.Hehe..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, March 3, 2010

jom main masak-masak


Ayam masak paprik




Pajeri Terung




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, February 28, 2010

Pesan Ummi


Di suatu petang yang hening..


Ummi : Ummi nok pese ni,jange duk mikir banyak2 la tengoh ngandung ni.Toksoh duk runsing ko gapo.Jago kandunge tu baik2..

Saya : Baik..Ummi,kak ngah daroh rendoh (hypotension)..kalu berdiri lamo2 raso nok pitam..(gaya suara manja mengadu kat ibu..hehe..bila lagi nak manja2 kan?)

Ummi : Banyakkan make kerang,sayur bayam,labu,pucuk cekak manis..hati lembu pun molek.

(Alamak..manela nak cari benda2 ni semua kat Mesir ni)


Saya : Yerla..pahni kak ngah cari hati lembu k.


Dan tadaa!!


Hati lembu goreng lada hitam.Dah lama tak makan ni.Dan oleh kerana suami tak suka makan organ dalaman,kenela melantak semua ni sorang2.hahaha..takpe2..makan untuk dua orang.alasan...hehe=)


Ummi : Toksoh duk mikir la pasal persediaan sume.Nanti Ummi beli siap2.Kak ngah balik beranok je.

(Hoho!!gembiranya dalam hati.Rasa lega sket.Dahla takde pengalaman.Taktau nak prepare ape sambut baby ni.Ummi dah offer nak tolong.Alhamdulillah..)

Saya : Hehe..kak ngah saye Ummi!!

Ummi lagi : Tapi doa la biar ngoh de (sempat) balik.

(Huhu..ni yang tengah risau ni.Buatnya baby ni tak sabar2 nak keluar,takut tak sempat sampai Malaysia je.Jadual final exam pun tak keluar lagi.Minta2 jaraknya jauh dari due date.Cuak je.Tolonglah kami Ya Rabb..permudahkanlah segala urusan dan selamatkanlah kami dari mala petaka dan bahaya.Amin..)


Selingan :



Buat yang tak kenal apa nama benda ni.Ini adalah pokok kacip fatimah.Ini pemberian dari seorang sahabat kepada suami.Tapi Abo kata akar kayu ni makan lepas melahirkan.Takpela..simpan wat balikla.




Ini bukan tumbuhan herba okey.Atau makanan eksotik ke ape.Ini ayam masak merah kegemaran Abang.Gabungan secret recipe Mak dan Ummi.Hehe..pandai2 je.Mak masak ayam masak merah masukkan sedikit belacan dan buah keras.Ummi pula suka guna gula melaka.Jadi saya gabungkan kedua2 cara memasak ni.Bijak kan?=>

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, February 25, 2010

hujan batu di negeri orang

Semalam selepas maghrib rasa tak sedap badan,lantas mencari katil untuk baring2 sambil menutup mata (dalam kata lain tido.hehe)..Tengah syok2 merehatkan spinal vertebrae yang sejak akhir2 ini sering lenguh2 (mungkin kerana baby dah semakin membesar) kedengaran sekumpulan budak2 arab menjerit2 dari tingkap rumah mereka.Yang kedengaran dengan jelas adalah Allahuakbar,Lailahaillallah..diulang2 beberapa kali.

'Kenapa ngan diorang ni?Guruh kuat sangat kot.Tak pernah2 Mesir hujan seteruk ni diiringi bunyi kilat yang sabung-menyabung." monologku sendirian di dalam hati.Rasa kecut perut juga mendengar dentuman guruh yang sememangnya sangat kuat.Seolah2nya langit dah nak runtuh.Teringat tajuk cerita 'Kiamat Sudah Dekat'.Huhu..lantas bangun dengan langkah longlai untuk mengambil wudhu'.Waktu isyak pun dah masuk.

Di dalam tandas,tengah2 ambil wudhu' tu kedengaran bunyi bising dari luar rumah.Macam pasir disimbah dari atas sutuh."Apa tu?" dalam hati dah rasa kaget tapi teruskan juga siapkan wudhu'.Kalau apa2 jadi,bangunan ni roboh ke,langit runtuh ke, tak apala,tengah ambik wudhu' ni.Kira tengah buat baikla kan.Kalau mati time ni pun tak pe kot.Haha..naif tak pemikiran camni?

Tiba2.. "Ayang,cepat tengok!hujan batu!"kedengaran Abang memanggil dari luar tandas.Lantas ku buka pintu.Suamiku dah siap letak biji2 hujan yang berbentuk bulat2 kecil berwarna putih susu atas tapak tangannya untuk ditunjukkan kepadaku."Aahla..hujan batu!"sahutku mengiakan keterujaannya melihat fenomena hujan batu buat pertama kalinya.Cepat2 kaki dibasuh menyudahkan wudhu' ku yang tergendala.

Aku berlari mendapatkan suami di tingkap bilik.Bila dibuka sahaja tingkap tu...ketang,ketung,keting..butir2 ais berwarna putih mengenai birai tingkap dan melantun masuk ke dalam bilik dan mendarat di atas karpet.Dengan excitednya ku snap beberapa keping gambar sebagai bahan bukti.




Setiap kejadian yang Allah ciptakan tu mesti ada hikmah dan pengajaran yang cuba disampaikan kepada manusia.Dan beruntunglah orang2 yang berfikir!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, February 20, 2010

OT ENT

Balik dari bermusafir selama 12 hari,cuti masih berbaki lebih kurang seminggu.Terasa ingin melihat2 ke operation room ENT.Manela tau kot2 best.So,pagi tu kami keluar menuju ke universiti.Kebetulan hari tu seminar perubatan berlangsung di Conference Centre Cairo University.Alamak..ni kalau terserempak budak2 satu batch kantoi tak pegi seminar.Hehe..


Dengan berlenggang kangkungnya kami terus ke OT ENT.Ingin bertemu Ammu Soleh.Setelah itu diberinya surgical mask,penutup kepala dan baju surgery.Tapi diingatkan lagi senang kalau bawa sendiri baju surgery tu sebab yang available kat situ adalah baju pak cik2 yang bersaiz agak besar dan tau2 sendiri,agak lusuh.

Kami menunggu agak lama kerana surgery pertama dimulakan sedikit lewat pada pukul 10 lebih.Dari doktor2 intern yang juga sedang menunggu doktor pakar tiba,katanya surgery pertama adalah ligation of sphenopalatine artery.Yang kedua rasanya myringotomy sebab patient tu ada OM (otitis media).Dari pemerhatian,mungkin ada 7 surgery hari tu berdasarkan bilangan file pesakit yang ada.Antara diagnosis dari file2 tu,ade yang nak buang adenoid,ada yang nak betulkan septal deviation caused by hypertrophy kat inferior nasal turbinate (concha) ditulis kat luar file tu sebagai SD+HIT.Banyak abbreviation yang digunakan,mungkin akan ambil masa untuk faham tapi kenela biasakan diri kan?

File pertama dah diambil oleh nurse,rasanya surgery akan dimulakan tak lama lagi sebab doktor pun dah sampai.Bilik operation pertama dimasuki (dan OT yang dibuka hanyalah dua,maknanya hanya dua surgery yang boleh dilakukan serentak).Anasthetist dah memasukkan ubat bius dan memonitor vital signs mak cik tu.Dari file yang sempat dicuri belek kat situ,patient ni namanya Saadiah,berumur 37 tahun.Diagnosis:epistaxis.Mungkin epistaxisnya chronic dan tak dapat dikontrol menggunakan drugs,maka pembedahan dilakukan untuk menghentikan pendarahan tu.

Kali ni berpeluang melihat surgery menggunakan FESS (functional endoscopic sinus surgery).So,takdela terjenguk2 nak tengok apa doktor buat kerana semuanya boleh dilihat melalui skrin tv kat situ.Rasanya tak ada masalah student lelaki pun nak tengok kalaupun patient tu perempuan sebab semua bahagian badan ditutup dan hanya hidung je yang nampak.Mula2 doktor masukkan endoscope tu dan sedut mucus yang ada.Dapat dilihat dinding inferior concha mak cik tu ade sedikit pendarahan.Artery yang menjadi target adalah sphenopalatine artery dan kaedah yang digunakan kalau tak silap dipanggil cauterization yang boleh didefinisikan sebagai burning part of body to remove or close off a part of it.

Sedang asyik melihat di skrin,tiba2 pandangan kabur.Terasa mahu pitam.Pandangan secara perlahan2 menjadi semakin gelap.Ku minta diri dari suami,mahu keluar sebentar mencari kerusi.Sampai di bilik rehat doktor2 perempuan,ku merebahkan diri di atas kerusi menghilangkan pening2 yang ada.Aduh..inila akibatnya tak makan sarapan dulu tadi.Hanya sempat mengalas perut dengan segelas air milo.Supplement iron pun lupa nak ambil tadi.Agaknya tekanan darahku tiba2 turun ditambah dengan terpaksa berdiri lama di dalam OT tadi.Nasib baik keadaan tu tak berlanjutan.Setelah berehat seketika,blood pressure kembali normal dan ku teruskan melihat FESS tadi sampaila doktor cakap, kholas..(selesai).Alhamdulillah.Walaupun hanya sempat melihat satu operation je,sekurang2nya kedatangan ke OT hari tu tak sia2.Takdela terpaksa berehat di fitting room tu sampai operation selesai.=)

Abang..jom balik.lapar...huhuhu.


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, February 16, 2010

Barakallahu lakum


Musim cuti end round ComMed merangkap mid year kali ini dipenuhi dengan undangan perkahwinan.Gembira kerana sahabat2 yang dikasihi telah menemui kebahagiaan masing2.Semoga ikatan suci ini kekal hingga ke syurga.Amin Ya Rabb..



Pasangan Dr. Husmar Isra' Hussin dan Ukhti Naimah Zakaria (Gen 6).Diijab kabul
pada 5 Februari 2010 bertempat di ARMA.Maaf Naimah tak dapat
memenuhi jemputan walimah antum.Namun doa dipohon dari bumi
Athens sana moga perkahwinan antum diberkahi.




Pasangan Ustaz Wan Saifuddin Wan Abdul Ghani dan Ukhti Nur Afida Kamarulzaman
(Gen 6).Janji dimeterai pada tarikh 15 Februari 2010 di kediaman pengantin
perempuan di Kg Padang Layang,Pendek,Kelantan.Semoga sahabat
kesayanganku ini bahagia bersama yang tercinta di tanah air sana.
Tapi jangan tak nak pulang ke Mesir pula habis cuti nanti.Hee..




Zaujah Akhi Isa Mohd Hassan (Gen 6),Ukhti Raihana bt Zainal Abidin.Ikatan terpateri
pada 15 Februari 2010 bertempat di Masjid Salam,Hayyu Ashir.Semoga baitul
muslim yang dibina ini dipenuhi rahmah dan mawaddah.InsyaAllah..

Tiga sahabat Gen6 telah meninggalkan zaman bujang masing2 cuti kali ni.Jom ke arah sifar bujang Gen6 2012!Hehe..siapa pula lepas ni ye?MySpace

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, January 28, 2010

misi kuruskan badan


Boring asyik bangun pagi ngadap buku.Sesekali ambil angin di luar pagi2 camni best jugak.Tempoh stadi leave sebelum exam OSPE ni lama sangat,tension gak bile kene stadi jer...huhu.macamla da cukup sedia.

Destinasi 'jogging' kami pagi ni,sepanjang sungai Nil.(sebenarnya lebih kepada jalan2 makan angin pagi sebelum dicemari asap2 bas sebab gaya jalannya menonong jer..xde macam tengah jogging pon.hehe=)...)





Dari rumah,menghala ke Shari' Kasr el Aini ke arah Tahrir.Kemudian membengkok ke kiri masuk ke Shari' Nil menghala ke jambatan panjang melintasi Sungai Nil yang 'dikawal' oleh empat ekor singa yang gagah perkasa,dua di setiap kepala jambatan.




Kalau nak hirup udara segar di Mesir ni,kenela keluar pagi2 lagi.Bila dah pukul 8 tu dah berbau asap bas.Huhu..nasib2.Terasa rindu suasana kampung ;>

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, January 21, 2010

chicken cop malam exam


Petang tadi abang habiskan nasi ayam baki makan pagi.Apa ye nak masak untuk malam ni?Perut tentu dah tak berapa keroncong sangat dan nasi rasanya tak sesuai untuk dinner malam ni.(Dalam angan2 nak kuruskan badan.Pipi ni dah makin menggelembung.Kira2 dah beberapa orang yang tegur.Famili kat Msia tak payah cakapla.Tiap2 kali call kene tegur. sob2=(.......)Tiba2...Jeng2..idea!!

step 1 : bukak tenet cari resepi black paper sauce..

step 2 : bukak peti ais keluarkan plastik ayam koki dan french fries...(kerja pemalas.haha)

step 3 : peel seketul ubi kentang dan sebatang karot.potong dan masukkan dalam periuk berisi air,tambah garam secukup rasa.biarkn masak di atas api sederhana.ubi kentang tu ala2 mashed potato kat KFC la.hik2..

step 4 : waktu yang sama,panaskan minyak untuk menggoreng.Goreng ayam koki dan fries tadi.

Step 5 : campak bahan2 yang diperlukan untuk sos.biarkan masak di atas api yang kecil.Tak nak bagi hangit pulak.

step6 : hiaskan semuanya di dalam pinggan yang bersih.Abang...jom makan!=)


Huhu..esok exam OSPE.lepas kenyang perut kita stadi yek..caiyok2!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS