Friday, July 30, 2010
permata hati kami ~aisyul hani~

Wednesday, May 26, 2010
minum petang
Bahan-bahan :
Sunday, May 23, 2010
baby abi dan umi dah besar
Monday, May 10, 2010
preparation
ai nasik goreng
Wednesday, April 14, 2010
Monday, April 5, 2010
Wednesday, March 24, 2010
my big big famili
bahang sudah terasa
Esok last lecture ENT.Minggu depan cuma tinggal kelas praktikal sahaja.Selepas itu exam end round ENT.Melihat2 jadual peperiksaan terasa banyak masih belum di'cover'.Masa akan cepat berlalu.Tetapi persediaan masih di tahap terendah.Ummi...baby nak ummi ngan abi study betul2.Jangan main2 tau.Huhu..baik2..
Friday, March 5, 2010
the very first kick
Wednesday, March 3, 2010
Sunday, February 28, 2010
Pesan Ummi
Thursday, February 25, 2010
hujan batu di negeri orang
Saturday, February 20, 2010
OT ENT
Balik dari bermusafir selama 12 hari,cuti masih berbaki lebih kurang seminggu.Terasa ingin melihat2 ke operation room ENT.Manela tau kot2 best.So,pagi tu kami keluar menuju ke universiti.Kebetulan hari tu seminar perubatan berlangsung di Conference Centre Cairo University.Alamak..ni kalau terserempak budak2 satu batch kantoi tak pegi seminar.Hehe..
Tuesday, February 16, 2010
Barakallahu lakum


Thursday, January 28, 2010
misi kuruskan badan
Dari rumah,menghala ke Shari' Kasr el Aini ke arah Tahrir.Kemudian membengkok ke kiri masuk ke Shari' Nil menghala ke jambatan panjang melintasi Sungai Nil yang 'dikawal' oleh empat ekor singa yang gagah perkasa,dua di setiap kepala jambatan.
Thursday, January 21, 2010
chicken cop malam exam
Petang tadi abang habiskan nasi ayam baki makan pagi.Apa ye nak masak untuk malam ni?Perut tentu dah tak berapa keroncong sangat dan nasi rasanya tak sesuai untuk dinner malam ni.(Dalam angan2 nak kuruskan badan.Pipi ni dah makin menggelembung.Kira2 dah beberapa orang yang tegur.Famili kat Msia tak payah cakapla.Tiap2 kali call kene tegur. sob2=(.......)Tiba2...Jeng2..idea!!
step 1 : bukak tenet cari resepi black paper sauce..
step 2 : bukak peti ais keluarkan plastik ayam koki dan french fries...(kerja pemalas.haha)
step 3 : peel seketul ubi kentang dan sebatang karot.potong dan masukkan dalam periuk berisi air,tambah garam secukup rasa.biarkn masak di atas api sederhana.ubi kentang tu ala2 mashed potato kat KFC la.hik2..
step 4 : waktu yang sama,panaskan minyak untuk menggoreng.Goreng ayam koki dan fries tadi.
Step 5 : campak bahan2 yang diperlukan untuk sos.biarkan masak di atas api yang kecil.Tak nak bagi hangit pulak.
step6 : hiaskan semuanya di dalam pinggan yang bersih.Abang...jom makan!=)
Huhu..esok exam OSPE.lepas kenyang perut kita stadi yek..caiyok2!
Monday, November 16, 2009
Dubai
Perjalanan kembali ke Mesir tahun ini setelah bercuti selama 3 bulan di Malaysia,kami transit di Dubai selama 10 jam.Sempatlah meninjau2 keadaan dan suasana di sana walaupun sekejap.Kami tiba di Dubai International Airport seawal jam 5 pagi.Setelah sampai,solat subuh dan menukar sedikit dolar USD ke mata wang Dubai untuk kegunaan di sana.Untuk memudahkan kerja2 'merendek' pada hari tersebut,beg ditinggalkan saja di 'left luggage' airport dengan bayaran 20 dirham untuk jangka waktu tidak lebih dari 12 jam.Di Airport Dubai kita terus dapat access ke mana2 tempat melalui khidmat metro yang baru sahaja siap dan sudah mula beroperasi kecuali beberapa stesen yang masih dalam pembinaan.
Peta yang menunjukkan stesen2 Metro di Dubai.Ia terbahagi kepada beberapa kawasan yang dibahagikan mengikut keluasan dan kita perlu me'nopap' tiket mengikut kawasan.Maksudnya jika tempat yang ingin dituju itu terletak di kawasan yang lebih jauh,harganya tentulah lebih mahal.Harga tiket adalah 2 dirham dan untuk setiap perjalanan perlu menambah sebanyak 2.50 dirham untuk mana2 stesen di kawasan A sahaja.Jika ingin ke kawasan B,harganya berlainan pula.Untungnya berada di Mesir dengan perkhidmatan metro nya yang berharga 1LE tanpa mengira jauh atau dekat.Akan tetapi,Metro Dubai amatlah berbeza sekali dengan Metro Mesir.Lantainya berkilat,kerusinya bukanlah dibuat dari plastik dan tiada bau2 yang kurang menyenangkan.Tidaklah sesak,padat dan mampat seperti di sini.Mungkin kerana perkhidmatan metro di sana masih baru dan penduduknya pula tidakla sepadat Cairo.
Dan jangan pula pelik apabila melihat penduduk di Dubai seolah2 anda berada di Asia kerana memang ramai imigran dari Filipina dan India yang datang untuk bekerja di sini begitu juga dengan warganegara Malaysia.Jadi tidak ada masalah untuk bertanya kerana semuanya tahu berbahasa inggeris.
Destinasi pertama kami pagi itu adalah Diera City Center.Banyak hotel dan pasaraya besar di sekitar tetapi malangnya kerana terlalu awal,semua shopping kompleks masih belum dibuka.Kami cuma berjalan2 melihat2 kawasan.Apa yang dapat diperhatikan,bandar Dubai masih dalam penstrukturan.Banyak juga bangunan yang masih dalam pembinaan dan kenderaan di atas jalan raya tidaklah sesibuk Kuala Lumpur.Namun kenderaan2 di sini semuanya mewah sehinggakan teksinya adalah Toyota Camry berwarna putih.Teksi di Dubai ini menggunakan meter pada kadar permulaan 3.50 dirham tetapi bayaran minimum adalah sebanyak 10 dirham.
mangga muda untuk dibuat kerabu mangga pun senang dicari.
Monday, October 26, 2009
Jaulah fi Malizia
Bismillahirrahmanirrahim.. Kembali ke Malaysia tahun ini,keinginan untuk berjalan2 padam seketika pada awalnya kerana kesibukan walimah di Kelantan dan di Muar.Tidak banyak tempat yang dilawati di Kelantan cuma ke Rantau Panjang mencari jersi bola Abang,ke Pasar Besar Siti Khadijah mencari toto Mak dan serunding Abah,Wakaf Che Yeh bersama famili Muar dan merendek shopping kompleks sekitar Kota Bharu-TESCO,KB Mall,Pantai Timur dan yang terbaru Giant dan Parkson.Namun begitu kami berdua asyik kekenyangan kerana adat menziarahi bapak2 dan mak2 sedara bagi pasangan yang baru berkahwin yang masih lagi diamalkan dalam keluarga di Kelantan.Abo dan Ummi lah yang menjadi 'pemandu pelancong' kami berdua.Hee..
Pulang ke Muar,destinasi pilihan kami adalah....jeng2..Melaka Bandaraya Bersejarah.Sudah lama rasanya kali terakhir menjejakkan kaki ke Melaka.Lebih kurang 10 tahun yang lalu ketika sekeluarga melancong bersama Pak Man dan keluarga serta Mak Su dan Mak Teh.Banyak juga perubahan yang dapat dilihat terutamanya di sekitar kota A Famosa.Antara yang tebaru ~ Mahkota Parade,Kota Pahlawan,Eye On Malaysia dan Menara Taming Sari.Best.. Selepas menghantar Mak ke Maktab Perguruan Melaka (Mak bekerja sebagai pensyarah Bahasa Melayu di sana) dan bersarapan pagi, kami menuju destinasi pertama~Zoo Melaka..Jam baru menunjukkan jam 9 pagi-menimbang2 samada zoo telah dibuka atau belum dan diisytiharkan..kami menjadi pengunjung pertama pada hari tersebut.Hehe..
melalui kandang beberapa haiwan di laluan darat..huhu
ke A Famosa tetapi tak pasti digunakan oleh siapa dan untuk apa.








